DIA menitipkan aku kebahagiaan...
DIA juga yang memberikan aku peluang
mengecapi pahitnya kegagalan
mengenal apa itu erti kesedihan
kepedihan...kerisauan..kebimbangan...
perasaan resah dan gelisah
sakit...kecewa dan perit itu
menjadi asam garam kehidupan
walau hakikatnya hati pedih
terluka...hilang arah
namun...
DIA sebenarnya tidak pernah lupa akan janjiNYA
memberi ganjaran bagi yang berusaha
yang membezakan...
caranya sahaja...
DIA sebenarnya sayang kepada kita
sebab itu kita diuji dan diduga
sedarlah hakikat kita sebagai manusia biasa
tak punya apa-apa
semuanya pinjaman cuma
andai DIA mengambil semula
segala-galanya daripada kita
usah sesekali menyalahi takdir Illahi
kerna hanya DIA yang Maha Mengetahui...
Alla ya Illahi...
sucikan hati ini
setiap hari
kerna bimbang kan dikotori
Syaitan itu musuh abadi...
No comments:
Post a Comment